Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ايميڬريسين مليسيا) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warganegara Asing yang berkunjung ke Malaysia. Ibu pejabat pertama Jabatan Imigresen Malaysia terletak Pulau Pinang dan ditubuhkan pada tahun 1947. Ibu pejabat Imigresen dipindahkan beberapa kali dalam kawasan Kuala Lumpur sehingga pada bulan September 2004, di mana ia dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perpindahan ini dilakukan secara berperingkat sebagai langkah untuk memastikan proses kerja dapat dijalankan dengan sempurna.

Jabatan Imigresen Malaysia

Dokumen-dokumen penting
  • Akta Imigresen 1959/63
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Indera Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Ibu pejabat No. 15, Tingkat 1-7, (Podium), Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya
Dibentuk 1 Disember 1971; 48 tahun yang lalu (1971-12-01)
Tapak web www.imi.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 231,884,300 (2018)
Kakitangan 496 (2018)
Jenis Kerajaan